PENGENALAN
Modul kemahiran menulis berfokuskan kemahiran menulis. Menurut Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (2017), kemahiran menulis merujuk
keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui. Kemahiran menulis merupakan aspek utama yang
perlu dikuasai oleh seseorang individu. Di dalam kemahiran menulis juga
diberi penekanan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Penggunaan ayat yang
gramatis perlu dikuasai tetapi aspek yang lain juga perlu dikuasai seperti
ejaan dan kekemasan dalam tulisan murid.
Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh murid-murid secara
berperingkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Murid-murid perlu
bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran otot-otot jari dan
juga pergerakan jari bebas meneroka, jika diajar berdikari lebih awal akan
lebih cepat memperoleh kemahiran manipulatif kerana berpeluang
menggunakan tangan dan jari untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti
makan, bermain dan memakai pakaian (Sharifah, Siti Hazlifah, 2012). Oleh itu,
peringkat awal murid-murid perlu ditekankan kemahiran menulis yang asas
antaranya menulis secara mekanis.
Kemahiran menulis secara mekanis merangkumi aspek kekemasan
supaya individu dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.
Aktiviti-aktiviti asas seperti latihan menulis, menyalin ayat dan pengalaman
asas perlu dikuasai murid. Aktiviti-aktiviti menulis secara mekanis perlu
ditekankan supaya murid lebih menguasai kemahiran menulis seperti
menunjukkan cara memegang pensel, menunjukkan cara menulis perkataan,
mengawasi tulisan murid tentang bentuk, jarak, kekemasan dan melatih
menulis cantik dan kemas. Oleh itu, dalam kajian ini berfokuskan kepada
aspek kemahiran menulis secara mekanis.
Menurut Abdullah Yusof (2017) bahawa masalah menulis merupakan
satu isu yang perlu dititikberatkan kerana ianya boleh membantutkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Isu ini merupakan masalah