Rajah 1 merupakan analisis pemerhatian berstruktur yang dilakukan
oleh pengkaji sepanjang langkah tindakan dijalankan. Merujuk rajah tersebut,
dapat dinyatakan bahawa keempat-empat peserta kajian melakukan aktiviti
pada Item 1 pada setiap langkah yang dijalankan. Item 1 kesemuanya dapat
dilakukan oleh semua peserta kajian pada kesemua langkah tindakan. Item 1
adalah peserta kajian minat dalam lembaran diberi pengkaji. Item 2 pula
adalah murid dapat memegang pensel dengan betul untuk menulis. Manakala
Item 3 pula adalah peserta kajian dapat menulis tanpa mempunyai kesalahan
ejaan. Kesemua Item 4 dan Item 5 dapat dilaksanakan oleh peserta kajian
dengan peningkatan yang baik melalui penggunaan penjarakan pada frasa
dan ayat. Ini membuktikan bahawa alat PeJaMA meningkatkan penguasaan
peserta kajian dalam menulis secara mekanis dengan menggunakan
penjarakan dalam ayat.
Berdasarkan graf pada Rajah 1, menunjukkan bahawa peserta yang
mengalami perubahan besar dalam aspek pemerhatian pengkaji ialah PK 2.
Sebelum itu, hanya 3 aspek positif sahaja ditunjukkan. Seterusnya,
peningkatan peserta kajian PK 1, PK 2 dan PK 4 pula pada kadar yang sama
iaitu sebanyak 3 aspek yang menunjukkan tingkah laku yang positif selepas
alat PeJaMA diperkenal. Sebelum itu, hanya 1 aspek yang menunjukkan
tingkah laku yang positif. Akhir sekali, diikuti dengan PK 2 dengan
peningkatan 2 aspek selepas alat PeJaMA diperkenalkan dan menjadikan
kesemua aspek positif ditunjukkan melalui tingkah laku.
Dalam konteks ini, semua peserta kajian dapat memberikan tindak
balas yang baik dan positif untuk peningkatan tingkah laku positif dengan
aktiviti pembelajaran menulis secara mekanis terutama menggunakan alat
bantu PeJaMA. Oleh itu, berdasarkan kesemua aspek tingkah laku yang
diperhatikan, pengkaji telah mengenal pasti bahawa persoalan kajian pertama
LDLWXμ$GDNDKDODW3H-D0$GDSDWPHQLQJNatkan kemahiran menulis dengan
SHQMDUDNDQDQWDUDSHUNDWDDQGDODPD\DWEDJLPXULGWDKXQ"¶WHODKWHUMDZDE
dan dibuktikan melalui analisis senarai semak berdasarkan pemerhatian
pengkaji.