KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Kesilapan sedemikian telah menyebabkan ayat yang ditulis kelihatan


tidak kemas dan menyebabkan pengkaji menjadi sukar untuk membaca


jawapan peserta kajian. Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian
menunjukkan peserta kajian telah berjaya menguasai kemahiran menulis


secara mekanis berdasarkan pemerhatian dan ujian pasca selepas


pelaksanaan tindakan di samping menilai tahap keberkesanan alat PeJaMA.


Oleh itu, pengkaji boleh menambah baik alat PeJaMA ini dengan
menghasilkan alat bantu yang mempunyai jangka masa lama yang boleh


digunapakai berulang kali oleh individu lain apabila menghadapi masalah


yang sama.


Alat PeJaMA juga boleh dijadikan fungsi untuk memudahkan guru


menyemak hasil kerja murid setelah peserta kajian menguasai kemahiran


menulis secara mekanis. Guru akan lebih mudah mengatasi masalah yang
sama sekiranya murid lain menghadapi masalah dengan alat bantu yang


dihasilkan. Bahkan, murid akan lebih mudah menulis dengan penggunaan


jarak apabila mengaplikasikan alat PeJaMA dan murid sendiri mampu


membuat penilaian kendiri terhadap tulisan mereka. Oleh itu, pengkaji boleh
menggunakan alat PeJaMA di sekolah tempat pengkaji mengajar kelak


dengan pelbagai penambahbaikan berdasarkan situasi pembelajaran murid-


murid di sekolah tersebut.

Free download pdf