MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA ADJEKTIF UKURAN DALAM
KALANGAN MURID TAHUN DUA MENGGUNAKAN LAGU KaAd UKURAN
Nurul Izzah binti Muhamad Khusaini, Ismail bin Ag Piut
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata adjektif ukuran dalam kalangan
murid tahun 2 dengan menggunakan lagu KaAd Ukuran. Perkataan KaAd Ukuran merupakan
singkatan daripada kata adjektif ukuran. Kajian ini berfokus kepada lima orang peserta kajian
di salah sebuah sekolah daerah Tuaran yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang
perempuan. Tinjauan awal mendapati murid sering keliru dan tidak dapat menguasai kata
adjektif ukuran dengan betul. Oleh yang demikian, pengkaji menggunakan lagu KaAd Ukuran
sebagai langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Pengkaji menjalankan
penyelidikan tindakan ini berlandaskan Model Penyelidikan Kemmis dan Mc Taggart (1988).
Sebanyak tiga instrumen telah digunakan bagi menganalisis dapatan kajian iaitu
pemerhatian, ujian kemajuan serta ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis membuktikan
bahawa berlakunya peningkatan secara ketara selepas intervensi dijalankan iaitu peserta
kajian memperoleh peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Dapatan
kajian ini membuktikan bahawa lagu KaAd Ukuran ini berjaya meningkatkan penguasaan
kata adjektif ukuran dengan betul dalam kalangan murid tahun 2. Umumnya, kajian ini dapat
memudahkan tugas guru disamping mampu menimbulkan keseronokan dan pengalaman
terhadap murid-murid semasa menjalankan intervensi.
Kata Kunci : kata adjektif ukuran, lagu KaAd Ukuran, murid tahun 2