KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN
Pemahaman yang baik tentang selok-belok struktur dan sistem bahasa yang
dipelajari akan membolehkan seseorang menguasai dan menggunakan bahasa itu
dengan betul, cekap dan berkesan. Masalah kesalahan penggunaan tatabahasa ini
seharusnya diselesaikan di peringkat awal sekolah rendah lagi agar tidak terus
berulang apabila mereka berada di peringkat menengah dan seterusnya di peringkat
yang lebih tinggi kelak.


Pengkaji mendapati penguasaan kata adjektif murid tahun dua seramai
empat belas orang melalui latihan mencari jenis kata adjektif amat menyedihkan
pengkaji terutama kata adjektif ukuran. Langkah yang strategik perlu diambil untuk
membanteras masalah tuna aksara dalam kalangan murid-murid ini. Maka, pengkaji
terpanggil untuk menjalankan kajian untuk meningkatkan penguasaan kata adjektif
ukuran melalui lagu KaAd Ukuran.


Kajian ini hanya tertumpu kepada satu jenis kata adjektif sahaja iaitu kata
adjektif ukuran. Menurut Nik Safiah Karim (2014), kata adjektif ukuran ialah jenis
perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.


FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan lagu yang dapat membantu
peserta kajian dalam menguasai kata adjektif ukuran. Pengkaji memilih untuk
mengaplikasikan kaedah didik hibur iaitu lagu KaAd Ukuran. Kaedah didik hibur
dapat membantu melancarkan lagi pengajaran tentang kata adjektif untuk
memastikan murid-murid memahami dengan mudah kata adjektif yang diajar kepada
mereka. Kajian ini memberi fokus kepada masalah mengenal pasti kata adjektif
ukuran dengan betul. Murid dilihat amat lemah dalam penguasaan salah satu
kemahiran bahasa iaitu aspek tatabahasa.


Kegagalan menguasai aspek tatabahasa akan menyebabkan murid
ketinggalan dalam pembelajaran dan masalah ini akan berlanjutan jika tidak
dibendung atau diatasi. Oleh itu, aspek tatabahasa sememangnya amat penting
kepada setiap murid. Guru harus membuat sesuatu supaya permasalahan yang
timbul dan yang dihadapi oleh murid-murid yang tidak menguasai aspek tatabahasa
dapat diatasi.

Free download pdf