KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pendidik yang
mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah dan selanjutnya
mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka dalam usaha meningkatkan
pencapaian murid dalam pembelajaran mereka.


OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif


1) Intervensi untuk meningkatkan penguasaan kata adjektif ukuran dalam ayat
murid tahun 2 melalui lagu KaAd Ukuran.
2) Mengaplikasikan lagu KaAd Ukuran untuk meningkatkan penguasaan kata
adjektif ukuran dalam ayat.

Soalan Kajian



  1. Adakah intervensi dapat meningkatkan penguasaan kata adjektif ukuran
    dalam ayat murid tahun 2 melalui lagu KaAd Ukuran?

  2. Adakah lagu KaAd Ukuran diaplikasikan untuk meningkatkan penguasaan
    kata adjektif ukuran dalam ayat?
    PESERTA KAJIAN
    Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 2 berumur 8 tahun di salah sebuah
    sekolah daerah Tuaran, Sabah. Bilangan peserta kajian pengkaji adalah seramai
    lima orang yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan 2 orang murid
    perempuan. Tinjauan yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa peserta
    kajian mempunyai pengetahuan pada aras yang lemah bagi subjek Bahasa Melayu.


Bil Kod Jantina
1 P1 Lelaki
2 P2 Lelaki
3 P3 Lelaki
4 P4 Perempuan
5 P5 Perempuan

Jadual 1 Butiran peserta kajian
Free download pdf