KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Antara kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini untuk mengumpul data
termasuklah pemerhatian, ujian kemajuan seterusnya ujian pra dan ujian pasca.
Pemerhatian
Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian berstruktur dalam usaha mengumpulkan
maklumat yang berkaitan dengan kajian semasa sesi pdp dalam aspek penguasaan
murid terhadap tajuk kata adjektif ukuran. Pemerhatian ini dilakukan bagi melihat
kepada perubahan yang ditunjukkan oleh peserta kajian sebelum dan selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran kata adjektif ukuran menggunakan lagu KaAd Ukuran
dijalankan.
Ujian Kemajuan
Ujian kemajuan merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data sepanjang
intervensi dijalankan bagi menilai dan mengesan kefahaman peserta kajian terhadap
sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian dijalankan secara bertulis untuk
membandingkan prestasi peserta kajian semasa intervensi dilakukan.
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Pengkaji menjalankan ujian dalam dua peringkat iaitu ujian pra dan ujian pasca ke
atas peserta kajian bagi mengumpul maklumat dalam kajian. Ujian ini digunakan
untuk membandingkan prestasi peserta kajian sebelum dan selepas intervensi
dijalankan bagi mengesan keberkesanan penggunaan lagu KaAd Ukuran dalam
meningkatkan penguasaan kata adjektif ukuran dalam ayat dengan betul.