DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian diperoleh melalui kajian dan instrumen pengumpulan data
yang telah dilaksanakan termasuklah pemerhatian, analisis dokumen seperti
lembaran kerja latih tubi berperingkat iaitu tindakan langkah I hingga langkah III serta
ujian pra dan ujian pasca. Berdasarkan perancangan dan pelaksanaan intervensi
yang dijalankan sepanjang kajian ini, dapat dinyatakan bahawa lagu KaAd Ukuran
sangat berguna kepada peserta kajian. Lagu KaAd Ukuran dapat membantu peserta
kajian meningkatkan kemahiran menggunakan kata adjektif ukuran dengan betul.
Peningkatan markah yang dicapai oleh kelima-lima peserta kajian dapat dilihat dalam
ujian pasca yang dijalankan.
Pengkaji telah menjalankan intervensi yang terdiri daripada beberapa
peringkat terhadap kelima-lima peserta kajian. Kesemua peserta kajian menunjukkan
peningkatan markah yang sangat baik dengan menggunakan lagu KaAd Ukuran
yang telah dipelajari. Peningkatan markah yang berlaku itu turut menunjukkan
bahawa kelima-lima peserta kajian semakin kurang melakukan kesalahan dalam
penggunaan kata adjektif ukuran.
1) Analisis Data Pemerhatian
Item Ujian Pra Ujian Pasca
Ya % Tidak % Ya % Tidak %
A 4 80 1 20 0 0 5 100
B 3 60 2 40 0 0 5 100
C 5 100 0 0 0 0 5 100
Jadual 2 Senarai semak pemerhatian berstruktur