Rajah 1 Graf analisis pemerhatian Ujian Pra
Rajah 2 Graf analisis pemerhatian Ujian Pasca
Rajah 8.1.1 dan rajah 8.1.2 merupakan analisis pemerhatian berstruktur yang
dilakukan oleh pengkaji semasa ujian pra dan ujian pasca dijalankan. Merujuk
kepada rajah tersebut, dapat dinyatakan bahawa kelima-lima peserta kajian
melakukan aktiviti pada item C semasa ujian pra dijalankan. Item C kesemuanya
dilakukan oleh peserta kajian semasa ujian pra dilakukan. Item C adalah peserta
kajian sukar menentukan kata adjektif ukuran yang betul. Item A pula adalah peserta
kajian teragak-agak untuk membezakan kata adjektif ukuran dengan perkataan lain
manakala item B adalah peserta kajian meminta bantuan pengkaji untuk memilih
kata adjektif ukuran yang betul. Terdapat seorang peserta kajian yang tidak