dalam langkah 3 yang dijalankan. Lagu KaAd Ukuran diaplikasikan dalam kelas
bahasa Melayu adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam menguasai
kata adjektif ukuran dengan betul. Hasil daripada lagu KaAd Ukuran yang
diaplikasikan dalam kelas, peserta kajian tidak lagi melakukan kesilapan yang biasa
dilakukan iaitu salah memilih kata adjektif ukuran. Sepanjang peringkat langkah
tindakan dilaksanakan, pengkaji mendapati semua peserta kajian dapat
membezakan perkataan kata adjektif ukuran dengan betul. Hal ini membuktikan
bahawa lagu KaAd Ukuran telah membantu meningkatkan markah peserta kajian
sepanjang langkah tindakan sehingga memperoleh markah cemerlanga pada ujian
pasca.
3) Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pasca
Rajah 4 Perbandingan hasil ujian pra dan ujian pasca
Pengkaji menggunakan data ujian pra dan ujian pasca untuk menjawab
soalan kajian ini. Markah ini diperoleh daripada peserta kajian dalam langkah
tindakan yang dijalankan menunjukkan keberkesanan penggunaan lagu KaAd
Ukuran dalam membantu meningkatkan penguasaan menggunakan kata adjektif
ukuran dengan betul. Peserta kajian mengalami peningkatan dalam setiap langkah
0 2 4 6 8 10 12
P1
P2
P3
P4
P5
Hasil Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian Pra Ujian Pos