tindakan dengan markah yang memberangsangkan. Hasil dapatan ujian pasca juga
menunjukkan perbezaan markah yang diperoleh peserta kajian. Peserta kajian P4
meningkat sebanyak 40%. Peserta kajian P2 dan P5 meningkat sebanyak 70%
manakala peserta kajian P1 dan P3 turut meningkat sebanyak 90% yang mana pada
ujian pra peserta kajian ini memperoleh 10% dan melonjak naik kepada 100% pada
ujian pasca. Peserta kajian P1 dan P3 mempunyai peratusan peningkatan yang
paling tinggi antara peserta kajian yang lain dalam menggunakan kata adjektif
ukuran dengan betul. Perkara ini memberi gambaran bahawa peserta kajian semakin
mahir menggunakan kata adjektif ukuran menggunakan lagu KaAd Ukuran.
REFLEKSI DAN CADANGAN KAJIAN SUSULAN
Salah satu daripada aspek tatabahasa iaitu kata adjektif ukuran hendaklah
dimantapkan dari peringkat awal agar peserta kajian dapat mengaplikasikannya
dalam pembelajaran dan juga pertuturan seharian. Berdasarkan dapatan keputusan
bagi ujian pra dan ujian pasca, pengkaji merumuskan penggunaan lagu KaAd
Ukuran ini mampu meningkatkan penguasaan kata adjektif ukuran dalam kalangan
peserta kajian. Hasil kajian ini menyedarkan pengkaji bahawa sebagai seorang
pendidik, pengkaji perlulah sentiasa mencari jalan bagi menyelesaikan masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh peserta kajian. Pengkaji telah membuat inovasi
iaitu lagu KaAd Ukuran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk memperbaiki penguasaan tatabahasa murid.
Terdapat beberapa kekuatan lagu KaAd Ukuran yang dihasilkan bagi
membantu mencapai objektif dalam kajian ini. Antaranya ialah kaedah contoh yang
digunakan oleh pengkaji membantu meningkatkan pemahaman murid dalam
penggunaan kata adjektif ukuran. Selain itu, kaedah lagu dan nyanyian yang
berunsurkan didik hibur dapat membuat murid belajar mengingat contoh kata adjektif
sambil berhibur. Hal ini kerana, murid sukar membezakan penggunaan kata adjektif
dan sering tertukar ketika menjawab soalan. Namun begitu, murid telah memahami
penggunaannya selepas diperkenalkan dengan kaedah yang menggunakan contoh
serta nyanyian lagu. Perkara ini dapat dilihat dalam dapatan kajian bahawa peserta
kajian mengalami peningkatan markah daripada setiap intervensi yang diberi.
Cadangan kajian susulan yang dicadangakan adalah menggunakan gambar
untuk memberikan penerangan kepada peserta kajian supaya kefahaman murid
dapat ditingkatkan. Selain itu, pengkaji boleh mengubah suai lagu KaAd Ukuran
untuk dijadikan muzik video yang lengkap dengan sari kata, muzik dan gambar selari
dengan contoh kata adjektif ukuran yang terdapat dalam lagu tersebut. Hal ini dapat