KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
MENINGKATKAN KEUPAYAAN MEMBINA AYAT TUNGGAL BAGI MURID
TAHUN LIMA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK TULIJA

Nurul Syazwani Muhamad Yusof, Noor Salawati Abu Bakar
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
(syazwani26- 657 @epembelajaran.edu.my)

ABSTRAK
Penggunaan teknik TULIJA merupakan salah satu intervensi yang digunakan dalam
membantu meningkatkan keupayaan murid membina ayat tunggal. Teknik ini digunakan
bagi membantu murid mengenalpasti perkataan sesuai dalam ayat tunggal dan
meningkatkan minat murid untuk belajar. Seramai lima orang murid tahun lima di salah
sebuah sekolah rendah di sekitar Tuaran, Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Pengkaji
telah menggunakan kaedah ujian pra dan pos, kaedah pemerhatian melalui borang senarai
semak, dan kaedah soal selidik melalui edaran borang soal selidik kepada murid bagi
mengumpul data. Penilaian keberkesanan teknik TULIJA ini dibuat berdasarkan analisis
peningkatan sebelum dan selepas intervensi diperkenal kepada murid melalui hasil kajian
yang diperoleh. Hasil tinjauan awal yang dilakukan melalui kaedah pemerhatian mendapati
murid yang terlibat menunjukkan penguasaan terhadap binaan ayat tunggal. Berdasarkan
data yang diperoleh juga murid menunjukkan sikap minat dan berani untuk membina ayat
tunggal selepas intervensi diperkenalkan. Secara keseluruhannya, teknik TULIJA berjaya
membantu meningkatkan keupayaan membina ayat tunggal bagi murid tahu lima.
Keberhasilan ini juga secara tidak langsung berjaya meningkatkan motivasi murid untuk
menguasai kemahiran berbahasa dalam Bahasa Melayu.

Kata kunci: Membina ayat tunggal, teknik TULIJA, minat, berani, Bahasa Melayu

Free download pdf