PENGENALAN
Menurut Abdullah Hassan, Sri Lanang Jaya Rohani, & Razali Ayob Zulkifli Osman
(2006), penguasaan ayat tunggal penting kerana menjadi asas kepada
perkembangan ayat menjadi ayat majmuk. Jika murid sendiri tidak mahir menulis
ayat tunggal, maka mereka tidak boleh membina ayat majmuk dengan baik. Secara
tidak langsung masalah ini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
di dalam kelas.
a. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Mengimbas kembali pengalaman mengajar sebelum ini, pengkaji telah mengajar
WDMXNμ0DMOLV3HUNDKZLQDQ¶0RGXODVSHNWDWDEDKDVDWHODKGLSLOLKROHKSHQJNDMLXQWXN
diajar kepada murid. Pengkaji telah menerangkan menggunakan nota ringkas dan
contoh tentang bentuk ayat tunggal. Kemudian, pengkaji telah menunjukkan
beberapa keping gambar yang menunjukkan situasi semasa majlis perkahwinan.
Secara berkumpulan, pengkaji meminta murid-murid membina ayat berdasarkan
gambar tersebut dalam kertas yang disediakan.
Pengkaji melihat terdapat beberapa orang murid kurang menunjukkan minat
ketika aktiviti menulis ayat dilakukan. Selepas daripada tempoh masa yang
ditetapkan, pengkaji meminta setiap murid dalam kumpulan untuk membaca ayat
pertama yang dibina dalam kumpulan mereka. Ketika ini, pengkaji dapati terdapat
beberapa orang murid tidak dapat membina ayat tunggal yang gramatis. Ada
diantara jawab murid tidak mempunyai bahagian subjek dan predikat dan ada yang
hanya diam ketika gilirannya untuk menyatakan ayat yang dihasilkan.
Semasa soal jawab dilakukan secara rawak tentang format membina ayat
tunggal, pengkaji melihat ada murid yang keliru binaan ayat tunggal. Terdapat tiga
orang murid yang mengatakan ayat tunggal mempunyai kata hubung. Situasi ini
menyebabkan pengkaji berpendapat bahawa murid-murid menghadapi masalah
dalam memahami dan membina ayat tunggal. Berikutan itu, pengkaji merancang
untuk melaksanakan satu intervensi yang memudahkan murid mengaplikasikan
teknik ini ketika membina ayat tunggal.