KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Berdasarkan kajian-kajian ini, satu kajian telah dilakukan untuk
mengenalpasti sama ada teknik yang sesuai dapat membantu murid dalam
penguasaan ayat tunggal.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum
Kajian ini dilakukan bagi meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal


murid Tahun 5 terutamanya dalam penulisan mereka ketika proses PdP
Bahasa Melayu dijalankan dengan mengaplikasi teknik TULIJA.

Objektif Khusus
i. Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat tunggal dengan
menggunakan teknik TULIJA.
ii. Menambah minat dan keberanian murid untuk terlibat aktif dalam pengajaran
guru di dalam kelas.


KUMPULAN SASARAN
Pengkaji telah menggunakan peserta kajian yang terdiri daripada murid tahun 5 di
salah sebuah sekolah kebangsaan (SK) di daerah Tuaran, Sabah sebagai subjek
kajian dalam kajian ini. Jumlah peserta kajian adalah seramai lima orang murid
tahun 5 terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Kajian ini
dilakukan dengan menfokuskan pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu.


Jadual 2
Maklumat Murid Tahun 5
KOD JANTINA UMUR BANGSA
A1 Lelaki 11 Bajau
A2 Lelaki 11 Bajau
A3 Perempuan 11 Bajau
A4 Perempuan 11 Bajau
A5 Lelaki 11 Bajau


TINDAKAN YANG DIJALANKAN
a. Langkah-langkah Tindakan

Free download pdf