Berdasarkan pelan perancangan yang diperkenalkan Mok Soon Sang (2010),
terdapat empat elemen utama untuk melaksanakan kajian tindakan ini seperti yang
terdapat dalam Rajah 1. Pertama adalah aspek perancangan. Ketika ini pengkaji
akan membuat tinjauan awal masalah yang dihadapi murid dan seterusnya
merancang kajian. Aspek kedua adalah tindakan. Pada fasa ini, pengkaji akan
menjalankan ujian pra untuk melihat perkembangan murid sebelum intervensi
diaplikasi dalam pembelajaran. Selepas itu, baru murid diperkenal intervensi ini dan
menggunakan bahan ini dalam pembelajaran mereka. Setelah melihat murid telah
mahir menggunakan intervensi ini, pengkaji akan melaksanakan ujian pos.
Aspek ketiga pula adalah pemerhatian. Pengkaji akan melakukan
pemerhatian dan menganalisis data mentah yang dikumpul melalui ujian pra dan
ujian pos. Aspek keempat adalah refleksi. Berdasarkan analisis data-data yang
telah dikumpul, pengkaji akan melakukan perbandingan dan membuat refleksi
terhadap kesan intervensi ini terhadap perkembangan murid. Jika perkembangan
murid adalah negatif, pengkaji akan melakukan semula kitaran ini bermula dari
perancangan. Jika sebaliknya, kitaran kedua ini tidak diperlukan.
Rajah 1 : Model Gelung Kajian Kurt Lewin (1946)
(Sumber: Rosinah Edinin, (2015), Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan, Selangor)
b. Kaedah Mengumpul Data
Pengumpulan data untuk kajian ini telah menggunakan tiga kaedah, iaitu ujian pra
dan ujian pos, pemerhatian serta soal selidik. Pemilihan kaedah ini bersesuai untuk
menjawab persoalan kajian yang ditimbulkan pada awal kajian ini.
i. Ujian Pra
Perancangan
Tindakan
Pemerhatian
Refleksi
SATU KITARAN
KAJIAN