Ujian pra diberikan kepada murid sebelum memperkenalkan teknik TULIJA. Ujian ini
dilakukan untuk melihat kebenaran masalah yang timbul dalam kajian ini.
Pelaksanaan kaedah ini dapat membantu pengkaji membuat perbandingan sebelum
dengan selepas teknik TULIJA digunakan. Item-item ujian yang digunakan menjurus
kepada penghasilan ayat tunggal. Ujian ini juga dilaksanakan dengan mengambil
kira tahap keupayaan murid membina ayat tunggal tanpa bantuan orang lain.
Seramai lima orang murid yang terlibat dalam ujian pos.
ii. Ujian Pos
Ujian pos pula dilaksanakan oleh pengkaji selepas sesi intervensi. Tujuan utama
ujian ini dilakukan bagi menguji semula murid membina ayat tunggal selepas
didedahkan dengan teknik TULIJA. Hasil jawapan murid ini akan dibandingkan
dengan jawapan semasa Ujian pra. Menurut Ellyza Karim & Kamisah Osman (2018),
perbandingan ini memboleh pengkaji menentukan teknik TULIJA dapat
menyelesaikan masalah yang timbul semasa dalam proses PdP atau sebaliknya.
iii. Pemerhatian
Menurut Malin Gall (2014), pemerhatian yang dijalankan bertujuan mengumpul data
dengan melihat perlakuan murid sepanjang kajian dilakukan. Hal ini kerana, pengkaji
ingin melihat perkembangan murid sama ada intervensi yang diberikan meninggalkan
kesan positif atau tidak. Pengkaji akan merekod perubahan sikap murid melalui
borang yang dihasilkan. Pemerhatian ini mudah untuk melihat perubahan tingkah
laku murid ke arah lebih baik atau tidak. Jadi secara tidak langsung pengkaji dapat
menganalisis sikap murid melalui hasil dapatan kaedah kajian ini.
iv. Soal Selidik
Kaedah ini digunakan untuk melihat maklum balas murid sendiri tentang pandangan
mereka tentang intervensi yang diperkenalkan. Pengkaji menggunakan soalan
berbentuk senarai semak. Hal ini kerana untuk memudahkan murid memberi maklum
balas yang sesuai tentang kajian yang telah dilakukan. Soal selidik yang dilakukan
juga dapat membantu pengkaji untuk membuat perbandingan pandangan murid dan
pencapaian mereka dalam ujian yang dijalankan. Cara ini kajian yang dilakukan lebih
telus dan bersistematik.