KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

c. Cara Menganalisis Data


i. Ujian Pra dan Ujian Pos
Pelaksanaan ujian pra dan ujian pos dijalankan sebelum dalam selepas
pengaplikasian teknik TULIJA kepada murid semasa membina ayat tunggal.
Pengkaji akan menyemak jawapan murid dan memberi markah berdasarkan kriteria
yang ditetapkan dalam rubrik pemarkahan binaan ayat bagi kedua-dua ujian ini.
Setelah itu, pengkaji akan menentukan sama ada jumlah markah murid mencapai
sasaran yang ditetapkan pengkaji mengikut peratusan. Kemudian markah ini akan
dipuratakan untuk melihat secara keseluruhan berapa markah seorang murid peroleh
bagi kedua-dua ujian ini.


ii. Pemerhatian
Pemerhatian berstruktur digunakan untuk melihat sikap murid sepanjang kajian
dijalankan yang melibatkan sebelum dan selepas intervensiti diperkenalkan.
menentukan fokus kajian iaitu berdasarkan persoalan kajian. Pengkaji
menggunakan analisis kandungan yang boleh dilakukan menggunakan kekerapan
sesuatu item soalan. Berdasarkan kekerapan ini, pengkaji akan membuat
perbandingan dalam bentuk graf sikap murid sebelum dan selepas intervensi
dilakukan berdasarkan kekerapan yang diperoleh.


iii. Soal Selidik
Soal selidik yang diberikan kepada murid selepas intervensi diaplikasi dalam
pembelajaran murid. Hal ini dikatakan demikian kerana pengkaji ingin melihat
pandangan dan maklum balas murid tentang teknik TULIJA ini. Terdapat dua pilihan
MDZDSDQLDLWXμ<D¶GDQμ7LGDN¶3HQJNDMLLQLPHOLKDWNHNHUDSDQPXULG\DQJPHQMDZDE
μ<D¶GDQPHODNXNDQUXPXVDQEHUGDVDUNDQPDNOXPEDODVLQL.HPXGLDQ3HQJNDML
akan menghasilkan graf dengan berpandukan item soalan dan bilangan murid
menjawab ya untuk setiap item tersebut.


d. Cara Menyemak Data
Menurut Seah Vui Lip. (2011), kaedah triangulasi meruapakan antara salah satu
kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan.
Kenyataan ini turut dipersetujui Lisah Binti Chong Vui Fah (2011) dalam kajiannya
yang menyatakan tentang triangulasi bukan hanya meningkatkan kebolehpercayaan
sesuatu penyelidikan tindakan malah kaedah menyemak data ini turut mengukuhkan

Free download pdf