kesahan data kuantitatif dalam penyelidikan tindakan yang menggabungkan kaedah
kualitatif dan kaedah kuantitatif seperti yang terdapat dalam Rajah 2.
Rajah 2: Pelaksanaan triangulasi dalam kajian
Pengkaji telah menggunakan tiga teknik triangulasi iaitu triangulasi
kaedah,masa dan penyelidik sebagai teknik untuk menyemak data dalam
penyelidikan tindakan. Cara ini membantu pengkaji dalam memastikan data yang
diperoleh tidak bercanggah antara satu sama lain.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Selepas menjalankan kajian dan pengumpulan data terhadap murid-murid yang
terlibat sebagai peserta kajian, data-data ini telah dianalisis dan dilakukan
perbandingan. Tujuan perkara ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana
keberkesanan intervensi teknik TULIJA dalam membantu menyelesaikan masalah
murid melibatkan ayat tunggal. Berikut adalah dapatan kajian melalui kaedah-kaedah
pengumpulan data yang dilaksanakan.
a. Hasil Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pos
Selepas markah murid melalui kedua-dua ujian ini diperoleh, pengkaji telah
menghasilkan Jadual 3 untuk melihat perbandingan markah setiap murid. Jadual ini
juga turut mengandungi maklumat tentang min dan jumlah perningkatan markah
daripada ujian pra kepada ujian pos.