KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Jadual 3
Hasil pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Murid Ujian Pra Ujian Pos Peratus
Peningkata
n (%)


Markah
kasar
yang
diperoleh

Peratus
(%)

Markah
kasar
yang
diperoleh

Peratus
(%)

A1 3/10 30 7/10 70 40


A2 3/10 30 9/10 90 60


A3 3/10 30 6/10 60 30


A4 2/10 20 6/10 60 40


A5 1/10 10 5/10 50 40


Min: 24 Min: 66


Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan jumlah markah kasar yang diperoleh
murid bagi lima ayat tunggal yang dibina berdasarkan gambar diberikan pada ujian
pra dan ujian pos. Semasa dalam ujian pra, semua murid yang terlibat dalam kajian
ini diminta untuk membina lima ayat tunggal berdasarkan lima gambar yang
diberikan dalam setiap soalan. Hasilnya murid A1 , A2 dan A3 memperoleh markah
sebanyak 30% sahaja berdasarkan ayat yang dibina. Kemudian murid A4 mendapat
markah sebanyak 20% dan disusuli dengan murid A5 yang mendapat markah
sebanyak 10%.
Selepas daripada pelaksanaan intervensi ini kepada murid-murid, sekali lagi
pengkaji telah menjalankan ujian, iaitu ujian pos untuk mengenal pasti tahap
penguasaan murid. Hasilnya murid A2 berjaya mendapat markah 90%, murid A1
mendapat 70%, murid A3 dan A4 berjaya mendapat 60% dan murid A5 berjaya
mendapat 50% dalam ujian ini. Pengkaji telah melakukan perbandingan pencapaian
murid dalam kedua-dua ujian ini untuk melihat jumlah peningkatan tahap
penguasaan murid. Pengkaji telah menghasilkan graf bar untuk melihat
perbandingan ini seperti yang terdapat dalam Rajah 3.
Nilai min bagi ujian pra adalah sebanyak 24% manakala untuk ujian pos pula
sebanyak 66%. Melalui pelaksanaan ujian pra dan ujian pos ini, pengkaji dapat
membuktikan bahawa secara purata terdapat peningkatan sebanyak 42% dalam
pencapaian murid selepas teknik TULIJA digunakan untuk membantu murid
membina ayat tunggal.
Free download pdf