Rajah 3: Graf perbandingan markah murid dalam ujian pra dan ujian pos
Selain itu, Rajah 3 menunjukkan peningkatan yang jelas terhadap hasil
pencapaian ujian pra dan ujian pos murid. Peningkatan besar berjaya ditunjukkan
murid A2, iaitu sebanyak 60%. Murid A1, A4 dan A5 juga turut menunjukkan
peningkatan dengan masing-masing berjaya mendapat 40% markah lebih daripada
markah sebelumnya dalam ujian pos. Bagi murid A3 pula, dia berjaya menunjukkan
peningkatan sebanyak 30% setelah mengaplikasi teknik TULIJA dalam penulisan
ayat tunggal.
Keseluruhannya, terbukti bahawa teknik TULIJA ini berjaya meningkatkan
penguasaan murid dalam membina ayat tunggal. Hal ini kerana hasil markah yang
diperoleh murid dalam ujian pra dan ujian pos membuktikan bahawa terdapat
peningkatan terhadap pemahaman murid tentang ayat tunggal. Pada ujian pra
semua murid mendapat markah antara 10% hingga 30% sahaja dalam penulisan
ayat tunggal. Namun semasa ujian pos, semua murid berjaya mendapat jumlah
markah antara 50% hingga 90% dalam penulisan mereka.
0
20
40
60
80
100
A1 A2 A3 A4 A5
Markah (%)
Murid (orang)
Markah murid dalam ujian pra dan ujian pos
Ujian Pra Ujian Pos