b. Hasil Analisis Pemerhatian
Jadual 4
Analisis perbandingan kekerapan melalui kaedah pemerhatian bagi setiap murid
kajian
Jumlah Murid Kajian
A1 A2 A3 A4 A5
Jumlah Selepas Menggunakan
Teknik TULIJA
7 7 6 5 6
Jumlah Sebelum Menggunakan
Teknik TULIJA
1 1 2 1 0
Jumlah Peningkatan Kekerapan
Aspek
6 6 4 4 6
Hasil analisis pemerhatian berdasarkan Jadual 4 menunjukkan bahawa tingkah laku
yang ditunjukkan murid dalam kajian ini semasa belajar ayat tunggal semakin
meningkat. Perubahan tingkah laku ini dapat dilihat selepas pengkaji menggunakan
teknik TULIJA kepada murid-murid. Jumlah kekerapan aspek tingkah laku
menunjukkan intervensi ini dapat digunakan oleh semua murid yang terlibat dalam
kajian ini.
Murid A1, A2 dan A5 menunjukkan perubahan dalam 6 aspek tingkah laku
positif selepas menggunakan teknik TULIJA. Sebelum ini murid-murid ini masing-
masing mempunyai 1 aspek positif sahaja dan salah seorang daripada mereka iaitu
murid A5 tidak menunjukkan sikap positif ketika belajar membina ayat tunggal.
Kemudian secara perlahan, sikap murid ini berubah kearah lebih baik.
Begitu juga dengan murid lain seperti A3 dan A4 masing-masing turut
menunjukkan perubahan sikap dengan peningkatan sebanyak 4 aspek berbanding
sikap mereka sebelum intervensi ini diperkenalkan dalam pembelajaran. Pada awal
pengajaran pengkaji tentang ayat tunggal, murid A3 dan A4 hanya menunjukkan 2
dan 1 aspek yang menunjukkan sikap positif. Perubahan sikap melalui pemerhatian
ini memberi gambaran kepada pengkaji bahawa teknik TULIJA dapat membantu
membentuk minat dalam diri murid ketika membina ayat tunggal.