KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulannya, kajian ini berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam
membina ayat tunggal dengan mengaplikasi teknik TULIJA. Kajian ini juga dilihat
dapat menarik minat murid untuk terlibat aktif dalam aktiviti menulis selepas mereka
menguasai kemahiran membina ayat tunggal. Secara tidak langsung, perkara ini
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang proaktif dan bersemangat.
Sepanjang pelaksanaan kajian ini juga pengkaji dapati terdapat beberapa
perkara yang boleh diperbaiki pada masa akan datang. Antara cadangan tersebut
seperti memperkenalkan intervensi seperti kad ayat tunggal. Intervensi yang
dicadangkan ini dapat membantu murid memberi latih tubi agar mereka ingat dan
sentiasa aplikasi teknik ini semasa membina ayat tunggal. Murid akan menyusun
perkataan dan menghasilkan ayat tunggal yang terdapat dalam kad ini.
Berdasarkan pelaksanaan kajian ini pengkaji melihat terdapat beberapa kesan
pengenalan teknik TULIJA ini kepada murid serta peribadi pengkaji. Bagi murid,
pengkaji dapati intervensi ini dapat membina kefahaman yang mudah dan berkesan
tentang binaan ayat tunggal. Teknik ini juga membantu murid menguasai kemahiran
berbahasa yang penting iaitu aspek tatabahasa yang melibatkan ayat tunggal. Bagi
pengkaji pula kajian ini telah mewujudkan perasaan pentingnya sebagai seorang guru
cakna dengan masalah murid-murid di sekolah. Walaupun hanya kemahiran
membina ayat tunggal, jika murid tidak berjaya kuasai salah satu aspek tatabahasa
ini pastinya akan memberi kesan terhadap kemahiran interaksi murid dengan orang
lain.
faizkhaldun
(faizkhaldun)
#1