KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGENALAN

Aspek tatabahasa merupakan salah satu kemahiran penting yang terkandung dalam
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). Aspek tatabahasa merujuk
kepada aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Aspek tatabahasa ini
merupakan salah satu aspek penting yang perlu dikuasai oleh semua murid. Hal ini
turut terkandung dalam DSKP bahasa Melayu semakan 2017 yang menekankan
pembelajaran aspek tatabahasa kepada murid bermula dari tahun 1 hingga tahun 6.
Hal ini supaya aspek tatabahasa ini diajar kepaa murid menggunakan dengan teknik
yang sesuai dan berkesan agar murid dapat memahami dan menggunakan
tatabahasa yang betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Abdul Hamid Mahmood (2016) turut
menjelaskan peri penting aspek tatabahasa dalam kemahiran berbahasa.
Pematuhan terhadap aspek tatabahasa dalam membina ayat dapat membantu
seseorang murid untuk berinteraksi dengan baik. Hal ini disokong berdasarkan kajian
oleh Zaharani Ahmad & Teressa Jabar (2010), bahawa masalah aspek tatabahasa
dalam membina ayat merupakan isu yang sering berlaku dalam kalangan murid di
sekolah. Aspek tatabahasa merupakan aspek penting yang perlu dikuasai oleh
murid. Penggunaan tatabahasa yang salah dalam ayat akan memberi kesan
terhadap penulisan murid seperti membina ayat dan membuat karangan semasa
dalam peperiksaan. Oleh itu, hal ini perlu dibendung sejak murid berada di bangku
sekolah rendah lagi.


PENYATAAN MASALAH

Dalam penyelidikan tindakan ini, pengkaji memilih untuk memfokuskan kepada
aspek tatabahasa. Hal ini kerana sepanjang tempoh menjalani praktikum, pengkaji
mendapati bahawa murid tidak dapat menguasai sepenuhnya soalan sistem
tatabahasa yang diberikan. Dalam kajian ini, pengkaji memberi fokus kepada
NHVDODKDQNDWDVHQGL³GDUL ́GDQ³GDULSDGD ́GLPDQDSHQJNDMLPHPLOLKXQWXNPHPEHUL
NHXWDPDDQNHSDGDLVXSHQJJXQDDQNDWDVHQGLQDPD³GDUL ́GDQ³GDULSDGD ́GDODP
ayat.


Melihat kepada isu yang berlaku semasa menjalani praktikum fasa 2 yang lalu,
pengkaji mendapati bahawa isu berkaitan dengan penggunaan kata sendi nama
kerap kali berlaku dalam kalangan murid. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini
SHQJNDMLKDQ\DPHPIRNXVNDQNHSDGDPDVDODKSHQJJXQDDQNDWDVHQGLQDPDμGDUL
GDQ μGDULSDGD¶ GDODP NDODQJDQ PXULG WDKXQ  7LQMDXDQ DZDO PDVDODK WHODK
dijalankan terhadap peserta kajian melalui kaedah pemerhatian dan analisis

Free download pdf