KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Jadual 1 berikut menunjukkan maklumat terperinci berkaitan peserta kajian:


Jadual 1 Butiran Peserta Kajian


Bil. Kod Jantina Umur Ciri Peribadi

01 S1 Lelaki 10 tahun Aktif

02 S2 Lelaki 10 tahun Pasif

03 S3 Perempuan 10 tahun Aktif

METODOLOGI KAJIAN

Dalam satu kajian, pengumpulan data itu perlu dilakukan bagi mendapatkan dan
merekod maklumat yang berkaitan dengan dapatan kajian. Oleh itu, pengkaji telah
memilih untuk menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul data dalam
mengkaji penggunaan alat PeKaSe dengan formula MAT-SABOH dalam mengatasi
masalah kata sendi nama antaranya ujian bertulis, soal selidik dan pemerhatian.


Ujian Bertulis


Menurut Najib (2011), ujian merupakan alat atau prosedur yang sistematik untuk
mengukur sampel tingkah laku. Ujian dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu sebelum
pelaksanaan tindakan dan selepas pelaksanaan tindakan. Sebelum menjalankan
intervensi, pengkaji memberikan ujian pra kepada murid untuk mendapatkan data
sebelum intervensi. Kemudian, ujian pos diberikan kepada murid bagi melihat
kemajuan atau kelemahan selepas menjalankan intervensi.


Pemerhatian


Kaedah pemerhatian merupakan salah satu instrumen yang digunakan oleh
pengkaji. Menurut Rosinah Edinin (2015), pengkaji perlu mencatat tingkah laku,
keadaan tempat, interaksi guru dan murid, interaksi sesama murid dan beberapa
perkara yang diperlukan dalam kajian. Pengkaji menjalankan pemerhatian
berstruktur menggunakan senarai semak dalam dua peringkat iaitu peringkat
sebelum intervensi dilaksanakan dan selepas intervensi dilaksanakan.

Free download pdf