PENGENALAN
3HUNDWDDQμ1DKX¶DWDXμ7DWDEDKDVD¶EHJLWXVLQRQLPGHQJDQSHPEHODMDUDQ%DKDVD
Melayu yang merupakan subjek penting dalam sistem pendidikan di negara ini.
Pengetahuan tentang tatabahasa merupakan aspek penting yang perlu dikuasai
oleh setiap murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Dengan kata lain, ilmu
tatabahasa haruslah dikuasai oleh mereka kerana ilmu ini dapat memahirkan
mereka dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga menjadi penutur
yang baik. Kelemahan menguasai tatabahasa dengan baik menandakan kurangnya
keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya
Bahasa Melayu. Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan ini dilakukan
bertujuan mengubah amalan murid supaya memahami dan menguasai sistem
tatabahasa melayu. Selain itu, amalan ini juga dapat membantu peserta kajian
untuk mempunyai penulisan dan pertuturan yang gramatis.
Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai
cakupan ilmu yang luas. Penguasaan tatabahasa yang baik memberi kesan
kepada penggunaan bahasa yang berkualiti sama ada dilahirkan secara
pengucapan atau bertulis. Oleh itu, guru Bahasa Melayu seharusnya memahami
dengan jelas pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran tatabahasa berdasarkan
kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah. Perkara ini membolehkan murid mahir
dan cekap dalam pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan dan
seterusnya melancarkan proses pembelajaran di sekolah. Penguasaan terhadap
kemahiran tatabahasa ini penting bagi memastikan input yang diberikan kepada
murid-muird adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam
Falsafah Pendidkian Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah.