KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Secara amnya, bahasa yang baik didorong oleh penggunaan tatabahasa
yang menepati peraturan dan sempurna. Menurut Abdullah Hassan (2008),
tatabahasa merupakan susunan perkataan yang menjadi ayat atau cara perkataan
itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana cara perkataan itu bercantum
membentuk frasa dan ayat. Menerusi tatabahasa, pelajar dapat menguasai perkara
asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut
cara dan sistem yang betul. Dalam tatabahasa bahasa Melayu terdapat
penggolongan kata. Penggolongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada
empat bahagian iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Apabila
pengesahan dibuat terhadap pelajar sama ada dalam lisan mahupun penulisan
tentang penggunaan kata yang tergolong dalam penggolongan kata ini, didapati
wujud permasalahan yang ketara dalam penggunaan kata tugas iaitu kata pemeri.


Menerusi kajian tindakan ini, pengkaji memfokuskan masalah penguasaan
kemahiran tatabahasa dalam kalangan murid-murid tahap dua iaitu murid tahun
lima. Masalah yang dimaksudkan ialah masalah penggunaan kata pemeri yang
tergolong dalam kata tugas. 0HQXUXW$VPDK+DML2PDU  NDWD³DGDODK ́GDQ
³LDODK ́ GLLVWLODKNDQ VHEDJDL SDUWLNHO pemeri. Nik Safiah Karim (1995) pula
mengkategorikan kata ³DGDODK ́ dan ³LDODK ́ sebagai kata pemeri. Fungsi kedua-dua
kata itu adalah untuk memerikan infomasi yang terkandung dalam subjek ayat.


Menurut Fauzi Amir Gus (2010), masalah kekeliruan dan kesilapan
penggunaan kata ialah dan adalah bukan sahaja wujud dalam kalangan murid-
murid di sekolah malahan dalam kalangan golongan professional. Terdapat banyak
kesilapan penggunaan kata pemeri dalam pelbagai bahan bertulis seperti memo,
surat, laporan, minit mesyuarat, borang, dokumen rasmi kerajaan termasuklah
bahan-bahan bercetak seperti brosur, risalah, berita, majalah, surat khabar dan
emel. Keadaan ini sudah tentunya bermula daripada kebiasaan atau kegagalan
penguasaan kemahiran penggunaan kata pemeri sejak zaman persekolahan atau
zaman pengajian lagi dan tidak pernah diberi perhatian yang serius.Oleh itu,
pengkaji menjalankan kajian tindakan terhadap permasalahan ini dengan
menggunakan teknik ³,Q$VD ́ dalam kemahiran kata pemeri. Penggunaan teknik
³,Q$VD ́DGDODKEHUWXMXDQXQWXNPHPEDQWXPXULG memahami penggunaan sistem
tatabahasa kata pemeri dengan betul tanpa ada kekeliruan dan kecuaian akibat
terlupa peraturan kata pemeri.

Free download pdf