Setuju sebagai Tahap 3 (Baik). peningkatan ketara boleh dilihat pada item 3
dan item 4. Hal ini demikian kerana masing-masing mencapai kenaikan
peratus yang mendadak berbanding item lain iaitu sebanyak 60% dan 80%
masing-masing. Peningkatan ini sememangnya dipengaruhi oleh intervensi
yang telah dijalankan bersama. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa
pengaplikasian teknik JaLeKa semasa PdP jelas sekali berjaya meningkatkan
SHQJXDVDDQPXULGGDODPNDWDVHQGLQDPD³GDUL ́GDQ³GDULSDGD ́GHQJDQEDLN
6.0 REFLEKSI KENDIRI
Intervensi yang dihasilkan dalam kajian ini membantu peserta kajian
PHQLQJNDWNDQ SHQJXDVDDQ GDODP NDWD VHQGL QDPD ³GDUL ́ GDQ ³GDULSDGD ́
dengan baik di samping meningkatkan tahap kognitif peserta kajian dalam
melibatkan diri bagi setiap langkah intervensi yang dilaksanakan. Berdasarkan
dapatan yang diperolehi, jelas bahawa teknik JaLeKa ini dapat membantu
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Latihan yang dijalankan tururt
PHPEDQWXSDUDSHVHUWDNDMLDQNDWDVHQGLQDPD³GDUL ́GDQ³GDULSDGD ́GHQJDQ
baik di samping membantu pengkaji untuk mencapai objektif kajian yang
ditetapkan.
Secara keseluruhannya didapati bahawa pendekatan PdP secara
konvesional sememangnya mempunyai keistimewaan tertentu khususnya
apabila murid melibatkan diri semasa aktiviti dijalankan. Menurut Turner dan
Patrick (2004), penglibatan murid boleh ditingkatkan sekiranya guru
memberikan sokongan terhadap perkembangan tabiat positif murid. Guru
boleh mengawal persekitaran pembelajaran dengan mengaplikasikan amalan
yang dapat melibatkan murid untuk menghubungkan pengetahuan sedia ada
yang mereka miliki dengan pengetahuan baharu seperti amalan pembelajaran
aktif.
7.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Setelah memperolehi hasil dapatan kajian, pengkaji berpendapat
bahawa kajian ini perlu dipertingkatkan kegunaannya untuk kepentingan
pendidikan. Intervensi teknik JaLeKa adalah sesuai digunakan untuk
meningkatkan fokus murid semasa PdP. Bukan itu sahaja,teknik ini juga dapat
menarik minat murid untuk belajar melalui konsep belajar sambil bermain.