Pihak yang berkenaan seperti guru boleh menambahbaik kualti bahan yang
digunakan agar dapat dikomersialkan. Kualiti yang tinggi dapat meyakinkan
pengguna bahawa penggunaannya adalah relevan.
Seterusnya, adalah baik permasalahan dalam kemahiran tatabahasa
ini dikaji pada peringkat yang lebih tinggi supaya dapat mengukur
keberkesanannya ke atas murid kajian yang pelbagai. Oleh itu, kajian ini patut
dijalankan dalam jangka masa yang panjang dan lama. Masa mempengaruhi
keputusan hasil kajian dan faktor masa memainkan peranan yang sangat
penting dalam mendapatkan keputusan kajian. Pengkaji seharusnya
menjalankan kajian dengan lebih lama agar pengkaji lebih memahami dan
mengenali peserta kajian di samping dapat memerhatikan tindak balas peserta
kajian. Kajian ini juga boleh dijalankan ke atas permasalahan yang lain dalam
pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk mengukur tahap implikasi
permasalahan tersebut dalam prestasi Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini
akan menjadi garis panduan bagi para pendidik dalam menjalankan sesi
pengajaran mereka kelak.
Akhir sekali, pengkaji mencadangkan agar tajuk kajian yang difokuskan
dalam kajian diperluaskan lebih lagi. Teknik yang digunakan di dalam kajian
bukan hanya terhad kepada murid lemah sahaja, tetapi boleh digunakan
secara berkesan kepada murid-murid di kelas perdana juga. Perkara ini bagi
memastikan pengkaji dapat menilai keberkesanan teknik yang digunakan bagi
membantu dalam proses PdP dalam mana-mana mata pelajaran di sekolah
rendah. Tambahan, penggunaan teknik ini bukan sahaja membantu pengkaji
dalam menyampaikan isi pelajaran kepada peserta kajian, tetapi juga
membantu peserta kajian untuk lebih menguasai setiap kemahiran dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya mampu meningkatkan prestasi
akademik peserta kajian secara menyeluruh.