KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM KALANGAN
MURID TAHUN DUA MENGGUNAKAN TEKNIK RAJAH TUKAR GANTI.
Fazlin Najwa Dayana binti Darus
En. Ismail Bin Ag. Piut
PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2018 IPG
Kampus Kent
[email protected]

ABSTRAK

Kemahiran membina ayat merupakan antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid sejak
Tahun Satu lagi. Lantaran itu, kajian penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk
membantu meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam kalangan murid Tahun Dua
menggunakan teknik Rajah Tukar Ganti (RTG). Melalui teknik ini, peserta kajian perlu
membina ayat tunggal menggunakan RTG yang disediakan. Seorang murid Tahun Dua dari
sebuah Sekolah Kebangsaan Tambalang, Sabah telah dipilih sebagai peserta kajian. Model
Penyelidikan Kemmis & McTaggart (1988) telah digunakan dalam kajian tindakan ini. Kaedah
pengumpulan data yang digunakan adalah melalui ujian pra dan ujian pos. Analisis data
dilakukan secara kualitatif. Berdasarkan analisis dapatan kajian yang dilakukan, peningkatan
dalam membina ayat tunggal yang memberangsangkan dapat dilihat terhadap peserta kajian.
Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa teknik RTG adalah
berkesan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu khususnya.


Kata Kunci : membina ayat, seorang murid, RTG, memberangsangkan


ABSTRACT

Sentence formation is one of the skills that children must grasp starting in Year One. As a
result, employing the Alternate Diagram (RTG) technique, this action research project was
done to help Year Two pupils improve their single sentence building skills. Participants in this
study were required to build a single phrase using the RTG presented. A pupil from Sekolah
Kebangsaan Tambalang in Sabah were chosen to participate in the study. In this action
research, the Kemmis & McTaggart (1988) Research Model was applied. The pre-test and
post-test methods were employed to collect data. The data was analysed qualitatively.
According to the results of the study's analysis, the study participant improved their ability to
formulate a single encouraging sentence. Overall, the findings of this study suggest that the
RTG technique is beneficial in assisting students in improving single sentence composition
skills, particularly in Malay language courses.


Keywords: RTG, encouraging, phrase construction, a pupil

Free download pdf