KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGENALAN

Konteks


Pengkaji mendapat cetusan idea untuk melaksanakan penyelidikan kajian tindakan
ini adalah berdasarkan pengalaman pengkaji sendiri setelah berpeluang mengajar
murid Tahun Dua dalam mata pelajaran Bahasa Melayu semasa menjalani praktikum
fasa satu di SK Bantayan, Sabah. Ketika mengajar, pengkaji mendapati rata-rata
murid Tahun Dua di sekolah ini mempunyai masalah dalam membina ayat dengan
baik.


Kemudian, pengkaji telah meneruskan kajian tindakan dalam membantu murid
membina ayat tunggal dalam kalangan murid Tahun Dua di sebuah sekolah iaitu SK
Tambalang Sabah di mana di sini turut terdapat masalah yang sama dalam membina
ayat dengan betul. Seramai dua orang murid telah dikenalpasti oleh pengkaji sebagai
peserta kajian. Murid-murid ini mempunyai masalah yang paling ketara dalam
membina ayat tunggal. Justeru, pengkaji telah mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya untuk membantu murid ini meningkatkan kemahiran membina ayat
tunggal.


FOKUS KAJIAN

Isu Kajian


Antara kesalahan murid dalam membina ayat tunggal dikenalpasti oleh pengkaji
melalui hasil kerja murid adalah seperti yang dipaparkan dalam Rajah 1 di bawah.
Hasil kerja murid tersebut jelas menunjukkan kesalahan murid dalam membina ayat
melalui struktur tatabahasa dan golongan kata kerja.


Rajah 1: Hasil Kerja Murid

Walaupun pengkaji mendapati murid mampu membaca ayat-ayat mudah tanpa
bimbingan daripada guru, perkara ini perlu di pandang serius kerana kesalahan ini

Free download pdf