KESIMPULAN
Cetusan idea teknik Roket KASif ini dijalankan ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal bagi murid tahun 3. Secara
keseluruhannya, kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal
kumpulan sasaran pengkaji. Hal ini dibuktikan menerusi hasil dapatan yang diperoleh
daripada empat instrumen pengumpulan data yang digunakan iaitu ujian,
pemerhatian, soal selidik dan penelitian lembaran kerja. Dapatan daripada Ujian Pos
telah menunjukkan peningkatan yang ketara setelah intervensi diberikan. Kemahiran
membina ayat dalam kalangan peserta kajian pengkaji telah meningkat daripada
tahap minimum ke tahap yang baik dan cemerlang.
Berdasarkan dapatan daripada kajian pengkaji, teknik Roket KASif dilihat dapat
membantu dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal murid tahun 3.
Dapatan- dapatan ini juga dapat menjawab objektif dan persoalan kajian yang
dikemukakan pengkaji iaitu:
i. Apakah teknik Roket KASif dapat membantu murid tahun 3 pembinaan ayat tunggal
dalam kalangan murid tahun 3?
ii. Apakah teknik Roket KASif dapat meningkatkan kemahiran membina ayat murid
tahun 3 dengan betul dan gramatis dalam Bahasa Melayu?
Persoalan pertama dibuktikan menerusi analisis data ujian, soal selidik dan penelitian
lembaran kerja yang telah dijalankan. Ia ditunjukkan menerusi peningkatan tahap
kemahiran membina ayat dan perubahan dari segi kefahaman kumpulan peserta
kajian manakala, persoalan kedua pula dibuktikan menerusi pemerhatian dan ujian
pra serta ujian pos yang telah dijalankan.