KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
berkaitan dengan struktur dan tatabahasa ayat. Hal ini sekali gus memberi kesan
terhadap kesalahan dari segi sintaksis iaitu tidak mengikut pola ayat dasar yang betul.

Murid didapati tidak tahu penggunaan pola ayat dasar yang betul dalam membina
ayat tunggal. Berdasarkan rujukan yang telah dibuat oleh pengkaji melalui Kamus
Tatabahasa Dewan edisi ketiga dalam bab 16 ceraian 16.6, konstituen subjek
sepatutnya diisi oleh FN, manakala konstituen predikat pula diisi oleh FK.


Oleh itu, fokus kajian yang dijalankan merupakan salah satu aspek yang berkaitan
dengan sistem tatabahasa yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Bahasa
Melayu. Melalui catatan refleksi yang dilakukan terhadap P&P murid Tahun Dua,
pengkaji telah membuat satu rumusan bahawa aspek kemahiran yang perlu
difokuskan adalah membina ayat tunggal. Lantaran itu, pengkaji menggunakan teknik
Rajah Tukar Ganti (RTG) untuk membantu murid membina ayat tunggal. Fokus ini
adalah untuk menepati kriteria-kriteria seperti kebolehtadbirannya untuk mengatasi
masalah membina ayat tunggal dalam kalangan murid Tahun Dua dan
kebolehgunaannya dalam tugas harian guru. Berikut merupakan Rajah Tukar Ganti
yang digunakan oleh pengkaji kepada peserta kajian yang dipilih.


Rajah 2 : Teknik Rajah Tukar Ganti
Free download pdf