KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN
Teknik Rajah Tukar Ganti membantu meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal.


SOALAN KAJIAN
Adakah penggunaan teknik Rajah Tukar Ganti dapat membantu meningkatkan
kemahiran membina ayat tunggal?


PESERTA KAJIAN

Peserta kajian adalah terdiri daripada seorang murid lelaki Tahun dua, beragama
Islam dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tambalang, Sabah. Murid ini dipilih
setelah analisis hasil kerja murid dilakukan pada peringkat awal. Pengkaji mendapati
bahawa murid ini mempunyai masalah dalam membina ayat tunggal dengan betul
iaitu kesalahan dalam struktur dan tatabahasa ayat dan kesalahan dari segi golongon
kata kerja.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN Perancangan Tindakan


Untuk fasa perancangan, pengkaji memerlukan tempoh selama dua hari sebelum
pelaksanaan tindakan dijalankan kepada peserta kajian. Tempoh ini adalah bertujuan
untuk menyusun langkah-langkah yang bersesuaian dengan masalah utama murid
dalam membina ayat tunggal dan menyediakan instrumen ujian pra dan ujian pos
yang berkaitan dengan objektif tindakan pengkaji. Menerusi instrumen yang
disediakan mestilah mengandungi nilai keesahan bagi membantu kajian tindakan
yang dijalankan kerana tujuan kesahan instrumen juga ialah bagi menjamin keesahan
item (instrumen) agar bersifat dapat dipertahankan kerana hasil kajiannya tepat dan
berguna (Kamarul Azmi Jasmi, 2012).


Seterusnya dalam fasa tindakan, pengkaji melaksanakan langkah-langkah intervensi
menggunakan teknik RTG yang telah dirancang peringkat demi peringkat. Langkah
intervensi yang dirancang sangat penting kerana menurut Esah Sulaiman (2004),
perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru
mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat
difahami pelajar.


Untuk fasa pemerhatian, pengkaji melakukan pemerhatian terhadap rekod data hasil
ujian yang dijalankan. Tujuan fasa ini adalah untuk membuat analisis data

Free download pdf