KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGENALAN

Seiring dengan peredaran dunia yang berkembang melalui Revolusi Industri 4.0
(IR4.0), sistem pendidikan dunia juga akan terus berkembang selaras dengan
perubahan generasi. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
semakin pesat memberikan cabaran baru untuk para pendidik bagi melahirkan
generasi yang bertaraf antarabangsa di masa hadapan. Kepelbagaian gaya
pengajaran akan terus bercabang jauh dengan wujudnya pembangunan dari aspek
kaedah pengajaran yang boleh dijadikan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran
(P&P) bagi membantu masalah pada murid-murid. McGrath, Naomi & Bayerlein,
2013 dalam Rohaila dan Fariza (2017) turut menyatakan bahawa pendekatan
pendidikan kini perlu bersifat baru dan memfokuskan kepada peningkatan kemahiran
teknikal, kemahiran berfikir dan penggunaan persekitaran dan pembelajaran yang
berbeza agar ia mengikut perubahan corak generasi.


Kemahiran menulis amat menitikberatkan dari aspek tatabahasa khususnya
penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010), huruf besar ialah huruf yang digunakan untuk menulis pada permulaan
perkataan misalnya pada pemulaan ayat, nama orang atau tempat. Pendefinisian ini
bertepatan dengan konsep tatabahasa dari aspek morfologi khususnya dalam
golongan kata, kata nama khas yang mewajibkan perkataan yang tergolong dalam
kata nama khas hendaklah mempunyai penggunaan huruf besar pada pangkalnya
seperti nama orang dan tempat.


Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1996) menyatakan bahawa tatabahasa ialah
peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana
perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-
ayat yang gramatis. Di sini setiap perkataan yang dibina mempunyai peraturan dan
hukum yang harus dipatuhi agar pembinaan suatu ayat itu adalah betul. Oleh kerana
itu, jika seseorang menggunakan kata nama khas dalam ayat haruslah ia
mempunyai penggunaan huruf besar pada pangkalnya agar hukum tatabahasa yang
digunakan adalah benar. Penulisan kata nama khas menggunakan huruf kecil adalah
bercanggah dari peraturan sebenar yang menyebabkan penulisan itu mempunyai
kesalahan. Maka dapatlah disimpulkan bahawa huruf besar ini adalah satu aspek
utama dalam menentukan kebenaran dalam sesuautu ayat mengikut hukum
tatabahasa.

Free download pdf