KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

  1. Murid perlulah mengulang
    semula penulisan
    perkataan tersebut agar
    wujudnya unsur
    pengulangan yang boleh
    merangsang pemikiran
    murid untuk mudah
    mengingat sesuautu
    perkara khususnya cara
    untuk menulis perkataan
    kata nama khas yang
    mengandungi huruf besar
    pada pangkalnya.


Kaedah Pengumpulan Data
Terdapat tiga intrumen untuk pengumpulan data yang digunakan iaitu ujian pra, ujian
pasca dan pemerhatian. Daripada ketiga-tiga instrumen ini, pengkaji akan
mengambil data yang diperoleh untuk dianalisis. Pengkaji akan menkaji data yang
dikumpul dengan menggunakan statistik deskriptif dan kuantatif. Penggunaan
statistik deskriptif dan kuantatif adalah bertujuan untuk menetapkan min dan
kekerapan hasil daripada data yang ada untuk memberikan gambaran perbandingan
di antara ujian pra dan ujian pasca yang telah dijalankan serta pemerhatian yang
dilakukan. Pengumpulan data melalui ujian pra dan pasca dilaksanakan bagi
menjawab kepada persoalan kajian 1 dan 2. Pengkaji membuat analisis hasil
dapatan data melalui markah dan min semasa ujian pra dan ujian pasca seterusnya
melakukan perbandingan antara keduanya bagi melihat berlakunya peningkatan
mahupun penurunan markah murid selepas pelaksanaan intervensi menggunakan
WHNQLNμ:$.87¶LQL


Bagi pengumpulan data melalui pemerhatian pula, Mok (2010) menyatakan
bahawa pemerhatian merupakan proses utama dalam kajian untuk memberi peluang
kepada pengkaji bagi mengumpulkan data dalam realiti daripada situasi buatan atau
alam semula jadi. Maksudnya di sini, pemerhatian ini adalah proses yang mana
pengkaji mengutip data semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian
tindakan ini, pengkaji akan menggunakan pemerhatian bagi melihat perubahan
dalam penulisan kumpulan murid sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.

Free download pdf