keberkesanan tindakan yang dijalankan. Fasa yang terakhir adalah pengkaji
membuat refleksi terhadap tindakan yang telah dijalankan sama ada memerlukan
penambahbaikan dalam langkah-langkah yang diambil untuk ke gelung yang
seterusnya. Berdasarkan Lucas dan Bernstein (2005), ciri guru yang berkesan adalah
membuat refleksi pada prestasi kelas mereka sendiri dalam usaha untuk
memperbaiki mutu pengajaran.Pelaksanaan Kajian
Tindakan pertama yang dilakukan oleh pengkaji adalah melalui perancangan
tindakan yang sesuai dilaksanakan kepada murid yang mempunyai masalah
membina ayat tunggal yang dikenalpasti hasil daripada analisis data ujian pra yang
dijalankan selama 20 minit. Langkah intervensi yang pertama memerlukan murid
untuk memahami terlebih dahulu pengaplikasian teknik RTG ini dengan baik
selain melatih murid mengenalpasti penggunaan tiga elemen utama dalam
pembinaan ayat tunggal iaitu SiBuDi pada setiap bahagian dalam RTG
tersebut. Langkah intervensi kedua pula adalah untuk membantu murid
membina ayat tunggal menggunakan teknik RTG dengan bantuan daripada
pengkaji. Langkah intervensi yang terakhir adalah bertujuan untuk melatih dan
membiasakan murid untuk membina ayat tunggal menggunakan teknik RTG.
Rajah 2 memaparkan RTG yang digunakan pada setiap langkah intervensi
dengan lebih jelas.
Langkah 1
Siapa Buat Apa Di
Mana
Abang membaca
bukudi
dalam
bilik.
Adam berlari di
padang.
Kakak menggoreng
ikandi
dapur.
Siti menonton
televisyendi ruang
tamuLangkah 2
Siapa Buat
ApaDi
ManaLangkah 3Rajah 2 : Teknik RTG setiap Intervensi