KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGAPLIKASIAN TEKNIK KEMBARA PBBuJi DALAM MENINGKATKAN
3(1*8$6$$13(1-2'2+%,/$1*$1μ%8$+'$1%,-,¶085,'7$+81

NURUL AMIERASYAKIRA BINTI AMRAN
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pengaplikasian teknik
permainan bahasa yang berasaskan gamifikasi iaitu Kembara PBBuJi dapat
meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa penjodoh bilangan dalam kalangan
murid tahun 3 di sebuah sekolah di sekitar Daerah Kuala Terengganu. Kajian ini
dijalankan kerana masalah tahap penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid
tahun 3 berada pada tahap yang kurang memuaskan terutamanya dalam
penggunaan penjodoh bilangan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah
kaedah kualitatif di mana data bagi kajian ini dikutip menerusi ujian pra dan pos,
pemerhatian dan temu bual. Ujian pra dan pos dibuat adalah untuk mengukuhkan
lagi data kualitatif yang lain. Sampel kajian terdiri daripada enam orang murid tahun
tiga yang menunjukkan tindak balas yang pasif dan tahap penguasaan yang lemah
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil kajian
menunjukkan bahawa teknik yang digunakan ini sememangnya dapat menarik minat
murid untuk terlibat secara aktif sepanjang aktiviti pembelajaran malah tahap
penguasaan murid dalam topik penjodoh bilangan ini juga meningkat. Hal ini
sekaligus membuktikan bahawa teknik permainan bahasa yang berasaskan
gamifikasi ini dapat membantu murid tahun tiga dalam meningkatkan tahap
penguasaan penjodoh bilangan mereka.

Free download pdf