KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN


Pengkaji telah menjalani praktikum fasa satu di sebuah sekolah sekitar Daerah
Tuaran manakala praktikum fasa dua pula di sebuah sekolah sekitar daerah Kuala
Terengganu. Kedua-dua praktikum ini mengambil masa selama tiga bulan.
Sepanjang sesi praktikum satu, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar mata
pelajaran bahasa Melayu tahun enam. Ianya satu tanggungjawab yang berat kepada
pengkaji memandangkan murid tahun enam akan menghadapi peperiksaan besar
kelak. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menjadi lebih penting dan pengkaji
juga tidak boleh mengambil mudah kaedah-kaedah yang digunakan. Pada praktikum
fasa dua pula, pengkaji perlu mengajar murid-murid tahun tiga. Ianya menjadi satu
cabaran baharu buat pengkaji apabila penguasaan bahasa Melayu murid begitu
lemah kerana adanya pengaruh loghat.


Kedua-dua fasa praktikum yang dilalui ini telah memberikan gambaran
kepada pengkaji mengenai masalah-masalah yang kerap berlaku dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah tidak kiralah pada tahap satu ataupun tahap dua. Salah
satu masalah yang telah pengkaji kenal pasti adalah kesalahan tatabahasa.
Terdapat pelbagai cabang tatabahasa yang belum dikuasai oleh murid seperti kata
adjektif, kata kerja, kata pemeri, penjodoh bilangan dan sebagainya. Masalah
kesalahan tatabahasa ini tidak terdapat dalam kalangan murid-murid tahap satu
sahaja bahkan ia turut berlaku dalam kalangan murid-murid tahap dua walaupun
ianya tidak terlampau ketara.


Aspek tatabahasa yang dapat pengkaji sentuh ketika melaksanakan
praktikum tidaklah banyak. Hal ini kerana masanya yang terhad dan sukatan
pelajaran bahasa Melayu yang banyak. Sungguhpun begitu, pengkaji telah berjaya
mengesan beberapa masalah dan kekeliruan yang berlaku khususnya dalam topik
penjodoh bilangan. Kekeliruan ini tidak hanya dilihat pada murid-murid tahun tiga
malah murid-murid tahun enam turut mempunyai masalah yang sama. Tinjauan awal
pengkaji mendapati terdapat ramai murid yang menggunakan penjodoh bilangan
\DQJVDODKGDODPSHUEXDODQVHKDULDQPHUHND6HEDJDLFRQWRKD\DW³EDSa aku baru
VDKDMDPHPEHOLVHELMLNHUHWD ́3HQMRGRKELODQJDQ\DQJEHWXOLDODKVHEXDKNHUHWD

Free download pdf