Pada mulanya, pengkaji menjangkakan murid telah faham isi kandungan
topik ini. Hal ini kerana mereka pernah mempelajari topik ini dengan guru bahasa
Melayu mereka sebelum pengkaji memulakan sesi praktikum. Namun, pengkaji
mendapati bahawa pada minggu pertama pengajaran tentang penjodoh bilangan ini,
30% daripada murid tahun tiga masih kurang memahami berkenaan tajuk yang diajar
ini. Pengkaji dapat mengesan murid yang lemah dalam topik ini apabila mereka tidak
dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Pengkaji menggunakan
kaedah perbincangan dalam kelas ketika itu kerana topik ini merupakan topik
ulangan berdasarkan pernyataan-pernyataan murid.
Setelah pengkaji mengesan masalah yang timbul, pengkaji terus menukar
kaedah pengajaran kepada penerangan bagi membantu murid mengingati kembali
perkara yang telah dipelajari. Kaedah penerangan ini turut disertakan slaid
powerpoint bagi menjadikan aktiviti PdP lebih menarik. Pengkaji juga menyelitkan
sesi soal jawab bagi memastikan tumpuan murid kekal berada dalam kelas. Pada
penghujung kelas, pengkaji memberikan soalan latih tubi kepada murid untuk menilai
sejauh mana keberkesanan kelas pada hari tersebut. Hasil daripada penilaian itu,
pengkaji dapat melihat penambahbaikan yang telah berlaku namun terdapat
segelintir murid yang tetap keliru dengan penggunaan penjodoh bilangan ini
khususnya penjodoh bilangan buah dan biji kerana penggunaannya yang hampir
sama.
PERNYATAAN MASALAH
Murid-murid di sekolah sering mengalami kekeliruan dalam menggunakan
penjodoh bilangan ini. Kadangkala mereka membina ayat dan meletakkan kata
penjodoh bilangan sesuka hati mereka sahaja walhal penggunaannnya adalah salah
sama sekali. Bagi mereka, kata penjodoh bilangan ini berfungsi sebagai penyedap
ayat yang bertujuan untuk menjadikan ayat lebih menarik. Mereka juga berpendapat
bahawa mereka boleh sahaja menggunakan apa jua penjodoh bilangan untuk mana-
mana kata nama yang dirasakan sesuai. Murid-murid yang menjadi peserta kajian
mempunyai masalah dalam menguasai penjodoh bilangan kerana mereka telah
terbiasa dengan loghat Terengganu. Dalam perbualan seharian, mereka banyak
menggunakan loghat berbanding kosa kata bahasa Melayu yang betul. Hal ini telah
menyebabkan mereka menjadi keliru dengan penggunaan penjodoh bilangan yang
betul terutamanya penjodoh bilangan buah dan biji. Oleh itu, penyelidikan atau kajian
LQLWHODKGLODNXNDQGDQLDQ\DEHUIRNXVNHSDGDSHQJJXQDDQWHNQLN³.HPEDUD3%%X-L ́