KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Kaedah Pengumpulan Data


Ujian pra dalam membina ayat tunggal ini dijalankan kepada murid sebelum langkah
intervensi menggunakan teknik RTG digunakan. Manakala, ujian pos dilakukan pada
akhir selepas langkah intervensi 3 dilaksanakan. Soalan bagi kedua-dua ujian ini
adalah sama bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian skor markah yang
diperoleh sebelum dan selepas langkah-langkah intervensi dijalankan. Soalan ini
mengandungi dua bahagian iaitu bahagian (a) dan bahagian (b). Item-item yang
terkandung dalam soalan ujian ini dipilih berdasarkan tujuan, kemahiran dan tahap
murid. Hal ini kerana menurut Mohd Najib (1997), pemilihan jenis-jenis item ujian oleh
guru hendaklah menepati tujuan ujian, isi kemahiran dan tahap kognitif yang hendak
diuji.


Pengkaji mengumpul setiap data bagi kedua-dua ujian ini dalam bentuk jadual dan
pencapaian setiap murid akan dipersembahkan dalam bentuk graf bar supaya lebih
jelas untuk membuat perbandingan markah ujian pada sebelum dan selepas langkah
intervensi teknik RTG dilaksanakan kepada murid-murid.


Kaedah Menganalisis Data


Markah keseluruhan untuk ujian pra dan ujian pos adalah 10 markah. Ukuran
pencapaian adalah berpandukan pemarkahan dan penskoran mengikut kriteria garis
panduan yang telah ditetapkan. Ujian ini mengandungi dua bahagian iaitu, bahagian
(a) mengandungi dua gambar tunggal sebagai rangsangan kepada murid dan RTG
disediakan. Satu markah akan diberikan untuk setiap ayat tunggal dibina dengan
betul. Manakala, untuk bahagian (b), gambar tunggal diberikan kepada murid sebagai
rangsangan yang memerlukan murid untuk membina ayat tunggal dengan betul. Dua
markah akan diberikan untuk ayat tunggal yang lengkap dibina oleh murid. Jadual 2
memaparkan kriteria penskoran yang digunakan oleh pengkaji bagi menyemak ujian
pra dan ujian pos yang dijalankan.

Free download pdf