KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Graf di atas menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan pos bagi setiap
murid. Terdapat peningkatan yang ketara dapat dilihat pada setiap murid. Kedua-dua
ujian dijalankan pada masa yang berbeza dan jarak antara kedua-dua masa itu juga
lama membuatkan data yang dikutip ini menjadi lebih sahih. ME menunjukkan
peningkatan yang tertinggi kerana pada ujian pra, murid itu amatlah lemah dalam
penguasaan topik penjodoh bilangan buah dan biji ini. Selepas melalui langkah
tindakan yang dilaksanakan, murid itu dapat menguasai topik ini dengan baik. MF
pula merupakan murid yang menunjukkan peningkatan yang sedikit kerana markah
ujian pranya sudah tinggi. Murid ini mempunyai pengetahuan tentang penjodoh
ELODQJDQGDQEHUDQLPHQJJXQDNDQWHNQLNμFXEDMD\D¶GDODPPHQMDZDEVRDODQ\DQJ
diberikan.


Kesimpulannya, ujian pra dan pos ini telah menunjukkan bahawa murid telah
berjaya mengatasi kekeliruan yang dihadapi oleh mereka ketika mempelajari topik
penjodoh bilangan buah dan biji. Mereka dapat menjawab soalan dengan betul dan
tepat tanpa melihat jawapan rakan-rakannya yang lain. Mereka juga dapat
menyiapkan set soalan pos dalam jangka masa yang lebih pendek berbanding ujian
pra kerana mereka sudah mengetahui dan mengingati penjodoh bilangan buah dan
biji dengan betul. Hal ini turut meyakinkan pengkaji bahawa kekeliruan murid dalam
topik ini semakin berkurang dan ianya sekaligus membuatkan objektif kajian tindakan
yang pertama tercapai dengan jayanya.


Analisis Keseluruhan Temu Bual Berstruktur


Pengkaji telah menyediakan satu kod bagi setiap tema yang ingin difokuskan.
Bagi instrumen temu bual ini, pengkaji berfokus kepada tiga tema iaitu minat,
motivasi dan kelebihan.


Jadual 14: Kod Temu Bual


Tema Kod Huraian


Minat T1 0HQXQMXNNDQPLQDWWHUKDGDSWHNQLN³.HPEDUD3%%X-L ́


Motivasi T2 Menyatakan pernyataan yang memotivasikan dan
mendorong.

Free download pdf