Jadual 2: Kriteria Penskoran Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil. Penskoran Ukuran Pencapaian (Kriteria)
(^)
Cemerlang
(5-6)
Murid dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lima
hingga enam item ujian dengan membina ayat yang
lengkap yang mengandungi Frasa Nama dan Frasa
Kerja.
(^)
Memuaskan
(3-4)
Murid dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga
hingga empat item ujian dengan membina ayat yang
lengkap yang mengandungi Frasa Nama dan Frasa
Kerja.
Pencapaian Tahap
Minimum
(0-2)
Murid dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya satu
hingga dua item ujian dengan membina ayat yang
lengkap yang mengandungi Frasa Nama dan Frasa
Kerja.
DAPATAN KAJIAN
Analisis data dilakukan bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang telah
ditetapkan oleh pengkaji iaitu adakah Teknik Rajah Tukar Ganti membantu
meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal.
Ujian Pra dan Ujian Pos
Peningkatan kemahiran dalam membina ayat tunggal terhadap murid dapat dilihat
melalui hasil ujian pra dan ujian pos dalam rajah dan jadual yang dipaparkan di bawah:
Jadual 3: Hasil Ujian Pra dan Ujian Pos Murid
Bil. MURID PERATUS MARKAH PERATUS
PENINGKATAN
UJIAN PRA (%) UJIAN POS (%) (^) (%)
- A 0 90 90
Penguasaan murid dalam membina ayat tunggal berdasarkan ujian pra yang telah
dilakukan menunjukkan tidak melebihi 50%. Murid A hanya mendapat peratusan skor
markah yang sangat rendah iaitu 0%. Walaubagaimanapun, setelah pengkaji
menjalankan langkah intervensi dengan pengaplikasian teknik RTG sebanyak tiga
kali terhadap murid, ujian pos yang dilakukan menunjukkan peningkatan yang amat
memberansangkan. Berdasarkan jadual 3, Murid A menunjukkan peningkatan yang
sangat cemerlang iaitu mencapai peratusan markah sebanyak 90%. Rajah 3 di
bawah menunjukkan data hasil ujian pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos
yang diterjemahkan dalam bentuk graf: