Contohnya, pada bahagian kepada murid perlu menulis tajuk karangan, kemudian
pergi kepada bahagian badan murid menulis perenggan pendahuluan, bahagian jari,
murid perlu menulis isi karangan dan pada bahagian kaki murid perlu menulis
penutup karangan tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu peserta
kajian mencungkil dan mengembangkan idea mereka semasa menulis karangan
jenis fakta. Setelah menjelaskan penggunaan teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap,
pengkaji membimbing peserta kajian menghasilkan karangan jenis fakta dengan
menggunakan teknik tersebut.
MEMERHATI
6HWHODK PHPSHUNHQDONDQ μ'LUL 6D\D¶ PHQJJXQakan teknik TaDTaAt + WIsHuP +
CaRap, pengkaji telah menjalankan ujian pos kepada peserta kajian. Semasa
peserta kajian menghasilkan karangan jenis fakta, pengkaji membuat pemerhatian
mengikut aspek-aspek yang ingin dititikberatkan dalam borang pemerhatian yang
telah disediakan. Selain itu, pemerhatian juga dibuat sepanjang masa setelah teknik
TaDTaAt + WIsHuP + CaRap diaplikasikan kepada peserta kajian dalam penulisan
karangan jenis fakta.
MEREFLEK
Akhir sekali, pengkaji membuat penilaian dan refleksi tentang keberkesanan
penggunaan teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap terhadap peningkatan kemahiran
mengembangkan idea dalam penulisan karangan jenis fakta kepada peserta kajian.
Pada peringkat ini, pengkaji membuat refleksi semasa melaksanakan tindakan iaitu
refleksi semasa tindakan intervensi. Refleksi juga dibuat mengenai kekuatan dan
kelemahan kaedah yang digunakan serta cara penambahbaikannya. Pengkaji juga
membuat keputusan sama ada ingin meneruskan gelungan kajian tindakan agar
dapat memperbaiki situasi yang ada atau sebaliknya.
LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Rosinah Edinin (2012) menyatakan bahawa penyelidikan tindakan bermula dengan
penghasilan idea umum, iaitu masalah atau isu yang akan dijelaskan dan dikenal
pasti punca masalah berkenaan. Perancangan berkenaan dilaksanakan dan
menentukan hasil yang diperoleh selepas diberikan intervensi.
Selepas mengambil tindakan dan mengenal pasti dapatan, refleksi dibuat
untuk menentukan sama ada tindakan yang dilaksanakan menunjukkan hasil yang
baik atau sebaliknya. Sekiranya tindakan yang dilaksanakan menunjukkan hasil yang
sebaliknya, perancangan masalah memerlukan penambahbaikan. Menurut Rosinah