KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Namun, penggunaan teknik PSP ini perlulah dipersembahkan dengan
jelas agar ianya dapat membantu murid untuk mengetahui perkara yang perlu
ada dalam struktur pembinaan ayat berikut. Misalnya, pengkaji menyatakan
apa yang murid boleh gunakan di dalam peluasan subjek dan predikat dengan
jelas melalui teknik PSP. Hal ini kerana melalui kajian Lilies Suriyati Azemi
(2012) telah menyatakan bahawa murid-murid hanya mampu membina ayat
tunggal sahaja dan tidak mampu mengembangkan ayat. Ianya berpunca
daripada kegagalan murid untuk mengetahui apa yang diperlukan dalam
struktur pembinaan ayat tunggal yang gramatis.


OBJEKTIF KAJIAN


i. Membina ayat yang gramatis dan menepati ciri-ciri penulisan bahasa
Melayu dengan betul.
ii. Meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat tunggal
dengan peluasan subjek dan predikat berpandukan gambar
menggunakan teknik PSP.

SOALAN KAJIAN


Berdasarkan objektif yang ingin dicapai dalam pelaksanaan kajian ini,
berikut merupakan soalan kajian yang akan digunakan untuk membina
instrumen kajian:


a) Apakah cara murid dapat membina ayat yang gramatis dan
menepati ciri-ciri penulisan bahasa Melayu dengan betul?
b) Apakah cara murid menguasai kemahiran membina ayat tunggal
dengan peluasan subjek dan predikat berpandukan gambar
menggunakan teknik PSP?
Free download pdf