LANGKAH TINDAKAN
FASA 1 : PENGENALAN SUBJEK DAN PREDIKAT
Pada peringkat awal, pengkaji telah memperkenalkan konsep subjek dan
predikat kepada murid. Hal ini bertujuan agar pengkaji dapat melihat tahap
kefahaman murid tentang konsep subjek dan predikat ini kerana ianya
merupakan asas bagi membina ayat tunggal yang mengalami peluasan subjek
dan predikat dengan lengkap.
FASA 2 : PENGENALAN TEKNIK PSP
Pengkaji telah memperkenalkan teknik PSP kepada peserta kajian bertujuan
bagi memudahkan mereka untuk mengetahui cara membina dan
mengaplikasikan teknik PSP ke dalam penulisan ayat gramatis. Kemudian,
pengkaji memberikan contoh teknik PSP serta penerangan yang lengkap
tentang konsep penggunaan teknik berikut.
FASA 3 : LATIHAN PEMBINAAN AYAT MENGGUNAKAN TEKNIK PSP
Kemudian, pengkaji memberikan latihan membina ayat yang lengkap
berpandukan gambar kepada murid. Murid dikehendaki untuk membina ayat
menurut gambar yang dibeirkan mengikut turutan yang betul secara satu
persatu agar dapat mengetahui struktur pembinaan ayat yang gramatis dengan
betul. Perkara berikut bertujuan bagi mengukuhkan pemahaman konsep
tentang bagaimana untuk membina ayat yang mengalami peluasan subjek dan
predikat dengan tepat. Pengkaji telah menekankan konsep membina ayat
dengan rumus siapa + kembang + buat apa (Sikemba) bagi peluasan subjek
dan siapa + buat apa + kembang (Sibak) bagi peluasan predikat. Unsur yang
sama kemudiannya digugurkan dan ayat dari peluasan subjek dan peluasan
predikat digabungkan hingga menjadi satu ayat yang lengkap.
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
peserta kajian terhadap kemahiran membina ayat secara gramatis dan
menambahbaik amalan pengajaran guru dalam pembinaan ayat yang
mengalami peluasan subjek dan predikat. Hasil dapatan kajian ini akan
dipaparkan mengikut soalan kajian.