SOALAN KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada beberapa soalan seperti yang berikut,
- Adakah murid semakin fasih membaca setelah menggunakan teknik BaKit?
- Adakah teknik BaKit dapat bantu meningkatkan kemahiran membaca murid?
- Adakah murid dapat membaca suku kata dan perkataan dengan betul.
METODOLOGI
Pengkaji memilih kaedah pemerhatian dalam penyelidikan. Kaedah pemerhatian
merupakan salah satu kaedah yang penting di mana pemantauan dan pinjauan
berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pengkaji akan memerhati terlebih dahulu
untuk melihat dari segi tingkah laku, perbuatan, kemahiran dan sebagainya.
Pemerhatian boleh dilakukan melalui rakaman video, rakaman suara, pengisian
borang pemerhatian atau senarai semak. Pemerhatian sesuai dijalankan untuk
tinjauan awal selaras dengan model kajian tindakan oleh Kemmis dan McTaggart.
Berikut merupakan jenis-jenis persoalan yang perlu ditumpukan sebelum melakukan
pemerhatian.
Rajah 7 Tumpuan Pemerhatian
PEMERHATIAN
Berdasarkan pemerhatian, pengkaji dapat melakukannya secara langsung tanpa
memerlukan alat atau bahan seperti alat elektronik dan bahan iaitu kertas dan buku
untuk mencatat pemerhatian. Pemerhatian boleh dilakukan secara terus dengan
melihat gerak-geri atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Selaras dengan
pendapat Ahmad Mahzan Ayob (2005), kebaikan kaedah ini ialah segala kejadian
boleh direkodkan masa kejadian berlaku. Tambahan pula, pengkaji boleh melihat
kemudian mencatat perkara yang berlaku sepanjang pemerhatian dijalankan.
Siapakah? Apakah? manakah?Di Bilakah?