KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Terdapat dua jenis pemerhatian dalam kajian iaitu pemerhatian turut serta dan
pemerhatian tanpa turut serta. Dalam kajian ini, pengkaji memilih pemerhatiab tanpa
turut serta bagi memastikan pengkaji dapat fokus sepenuhnya untuk melihat
keberkesanan teknik BaKit dalam pembelajaran murid. Selain itu, menganalisis data
peningkatan murid dalam kemahiran membaca sekali gus memperbaiki teknik dalam
pengajaran seterusnya.


Jadual 4
Murid (M) Pemerhatian

M1 Boleh berkomunikasi dengan jelas tetapi kurang lancar
membaca.
M2 Boleh membaca tetapi kurang jelas.

M3 Boleh berkomunikasi tetapi tidak lancar membaca.

M4 Boleh berkomunikasi dan membaca tetapi keliru dengan
huruf b dan d.
M5 Tidak lancar membaca tetapi berminat apabila
dibimbing.

BORANG SKALA

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan skala untuk melihat data tahap pembacaan
murid. Skala yang digunakan adalah 1 hingga 5 merujuk kepada kelancaran dan
kejelasan murid membaca sama ada dari segi suku kata, perkataan, rangkai kata,
ayat dan seterusnya kepada perenggan. Pengkaji mengambil data ini melalui ujian
pra dan ujian pos bagi melihat perkembangan murid semasa dan selepas ujian
dijalankan. Dengan ini, pengkaji akan dapat menilai tahap pembacaan murid yang
telah disediakan sesuai dengan perkembangan bacaan murid.

Free download pdf