KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
REFLEKSI

Hasil daripada kajian tindakan bagi meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal
terhadap murid tahun dua menggunakan teknik RTG jelas menghasilkan keputusan
yang sangat positif berdasarkan dapatan kajian yang telah dilakukan. Murid yang
dipilih untuk menjalani setiap langkah intervensi untuk meningkatkan kemahiran
membina ayat tunggal berpandukan gambar rangsangan telah memberikan
kerjasama yang penuh kepada pengkaji untuk menyempurnakan proses tersebut.


Segala kekuatan dan kelemahan pengkaji sebelum, semasa dan selepas pelaksanan
tindakan dijalankan dapat disedari secara tidak langsung oleh diri pengkaji sendiri.
Perkara ini dapat ditingkatkan lagi melalui usaha dan azam serta rasa tanggungjawab
yang tinggi sebagai seorang bakal pendidik yang perlu sedaya upaya memastikan
penguasaan kemahiran murid khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dapat dikuasai dengan baik.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Teknik RTG ini khas dibina bagi membantu meningkatkan kemahiran membina ayat
tunggal dalam kalangan murid tahun dua. TLJDHOHPHQXWDPDμ6LDSD¶μ%XDWDSD¶GDQ


μ'L PDQD¶ \DQJ GLSHUNHQDONDQ GDODP 57* LQL DGDODK VHEDJDL SDQGXDQ NHSDGD
muridmurid untuk memudahkan mereka membina ayat yang lengkap.


Melalui teknik RTG ini, antara cadangan tindakan susulan yang boleh dijalankan
adalah diperkembangkan ke proses membina ayat yang lebih kompleks iaitu ayat
majmuk kerana pembinaan ayat bukanlah terhad kepada ayat tunggal sahaja. Malah,
murid mempunyai pilihan untuk membina ayat yang lebih panjang atau kompleks
agar suatu ayat yang dibina lebih gramatis sekali gus dapat meningkatkan
pemerolehan markah murid terutamanya dalam Penulisan Kertas 2 Bahagian A yang
memerlukan murid membina ayat secara lebih kreatif. Namun, elemen-elemen yang
digunakan dalam RTG mestilah bersesuaian dengan tahap murid yang ingin dijadikan
sebagai peserta kajian seperti menambah kolum elemen iaitu Kata Hubung + Huraian.

Free download pdf