MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS KATA NAMA BERIMBUHAN PEN-
MELALUI PETA KAEDAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
Siti Nor Fazira Binti Suud
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dan kefahaman dalam
penulisan kata terbitan dengan imbuhan peN-. Permasalahan ini berlaku pada murid
tahun 4 Marikh dan dapat dikesan semasa menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran di salah sebuah sekolah di daerah Betong, Sarawak untuk praktikum
fasa 2. Kesukaran murid untuk menulis kata terbitan yang mempunyai imbuhan
awalan peN- telah dikenal pasti semasa pengkaji melaksanakan ujian lisan atau
soalan kuiz kepada murid-murid mengenai pengimbuhan kata dengan awalan peN-.
Kajian ini melibatkan seramai 15 orang responden. Hasil pemerhatian ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran menunjukkan murid kelihatan gagal menulis kata
nama terbitan berimbuhan peN- yang tepat bagi merujuk penanda orang atau benda.
Dapatan kajian menunjukkan prestasi responden dapat ditingkatkan dengan
penggunaan Peta Kaedah G.U.K Selain itu, penggunaan Peta Kaedah G.U.K juga
menggalakkan responden menulis kata nama terbitan berimbuhan peN- yang tepat.
Perbezaan julat markah setiap responden yang terlibat bagi ujian pra dan ujian pos
membuktikan penggunaan Peta Kaedah G.U.K masih relevan untuk membantu
responden menguasai penulisan kata nama terbitan berimbuhan peN- walaupun
dilihat sedikit konvensional.