KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
KAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 TERHADAP TANDA BACA DALAM
BACAAN MEKANIS MELALUI KAEDAH XPLUS

Oleh
Mohamad Amirul Syakir Bin Nor Mazlan
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap tanda
baca dalam bacaan mekanis menggunakan Kaedah Xplus. Kaedah Xplus merupakan satu
kaedah membaca secara berulang-ulang dengan lebih intensif ataupun secara latih tubi tetapi
dengan perancangan yang lebih tersusun dan sistematik. Peserta kajian ini melibatkan lima
orang murid tahun empat dari salah sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Dalam tinjauan
awal menunjukkan responden menghadapi masalah dalam membaca secara mekanis kerana
tidak menguasai sistem tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. Bagi mengatasi masalah
tersebut, fokus kajian menumpukan kepada peningkatan kefahaman murid dalam
penggunaan tanda bacaan dan dapat mengamalkannya dalam aktiviti bacaan mekanis
melalui Kaedah Xplus. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan reka
bentuk model Kurt Lewin (1948). Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen. Hasil analisis data mendapati bahawa semua responden menunjukkan perubahan
positif dari segi tingkah laku dan bacaan yang lancar. Penggunaan Kaedah Xplus ini telah
meningkatkan pemahaman dan tahap penguasaan responden dalam membaca dengan
menggunakan sebutan dan tanda baca yang betul serta intonasi yang sesuai. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa penggunaan Kaedah Xplus ini telah membantu dalam mengatasi
masalah murid dalam bacaan mekanis dengan penggunaan tanda bacaan yang betul.


Kata Kunci: Kaedah Xplus, tanda baca, bacaan mekanis, Model Kurt Lewin (1948).


ABSTRACT

This action research was conducted to improve students' understanding of punctuation in
mechanical reading using the Xplus Method. The Xplus method is a method of reading
repeatedly with more intensive or drill but with a more structured and systematic planning. The
participants of this study involved five fourth year students from one of the schools in Tuaran,
Sabah. In the initial survey showed that the respondents had problems in reading mechanically
because they did not master the punctuation system in the sentences read. To overcome the
problem, the focus of the study focuses on improving students' understanding in the use of
punctuation and being able to practice it in mechanical reading activities through the Xplus
Method. This study uses a qualitative approach guided by the model design of Kurt Lewin
(1948). Data were collected through observations, interviews and document analysis. The
results of the data analysis found that all respondents showed positive changes in terms of
behavior and smooth reading. The use of the Xplus Method has improved the respondents'
understanding and level of proficiency in reading by using correct pronunciation and
punctuation as well as appropriate intonation. The results of the study show that the use of
this Xplus Method has helped in overcoming the problems of students in mechanical reading
with the use of correct punctuation.
Keywords: Xplus method, punctuation, mechanical reading, Kurt Lewin Model (1948).

Free download pdf